Dah seminggu lebih dah kan beraya. tapi aku beraya tak sampai seminggu pon sebab petang raya ke-4 dah kena balik hostel dah ..tak sempat nak update blog ..Almaklumlaa raya raya nie mana ade idea nak berblog nie. anyways harinie aku nak share sikit pasal raya aku .n simply we called it "Raya Riyong Akmal ".
yeahhh ! sesi bersalam-salaman bermaaf maafan ..ecece nyanyi lagu raya jap. hehehe.
time ni adalah yang sebak syahdu je..
haaaaaa. we olllssss . OREN gituuuu.. belande je bab kata idel . hahaha ngekk !
suasana raya pertama ok ! mama abah me n my sister . sesi fotografi after bersalam salaman. ececece.
we Akmal !!!!
from left : Akmal azlan(along) Akmal Anisa(acik) Akmal amira (me) Akmal Adiba (adik) Akmal Azri(angah)
selepas beraya di rumah then as usual pergi ke rumah tok tokki aku di Jaybee (Jambu Bongkok) ok. tahun nie turn beraya di terengganu cozz last year dah beraya dengan atok di Johor . Tahun nie tok sembelih 10 ekor ayam kampung nak masak nasi minyak. menu utama di pagi raya kat rumah tok. so bedal dulu sepinggan dua. hehehehe... by the way sori yer takde gambar juadah .
then pergi beraya ke rumah saudara mara yang dekat2. rumah tok ngah , moyang aku , rumah maklong .lepas tu lepak je laaa kat rumah tok tunggu saudara mara jauh datang beraya , macam tu laa setiapa kali raya.
nie gambar aku dengan alisya dekat rumah tok.
yang nie gambar dekat rumah moyang aku.aku panggil di nyanggg(yang berkain pelekat ) ! bukan Nyam Nyam ok.dia dah tak larat dah , biasalah sakit tua. semalam pon g jenguk dia macam dah takboleg gerak dah.
doakan diaa yer.
nie kat rumah mak long . mak long buat makan-makan sikit. bakar sateeeeee
raye ke dua rumah aku ada buat "Open House ".. tapi actually takde laa open house sangat pon. buat makan-makan je sikit as usual. tiap2 tahun memang camnie. mama buat makan2 for gathering adik beradik.bukan senang kan nak jumpa.time raya nie laaa nak together gather gitu. ececece. Mama masak mee bandung (main dish ) ,ketupat , nasi himpit , kuah kacang . lontong (makan dengan sambal kerang best glerr kot) ,cocktail ,kuih raya & macam-macam ada..
Tahun nie meriah glerr kot. ramai yang datang , bukan setakat adik beradik mama je. saudara mara yang aku jarang jumpa pon ada datang. kawan2 acik . kawan2 angah n most one kawan aku (adinggg) ada datang siap dengan family tu. hahaha. kali ni Ading n the family penutup majlis kali ni. petang baru sampai.
uhhhh. berbaloii yang amat . mama sampai masak mee bandung untuk kali kedua takut tak cukup kan.harap2 next next next year akan lebih awesomee lagiii. !!! jemput datang rumah ye. mama masak2 sedap. hehehe..
nie imbasan juadah yang mama sediakan. yumm yumm yummy !
nie laa suasana dekat rumah aku haritu .nie cousin aku yang memang notti ..
Walaupun raya ke-4 dah balik hostel . tapi aku still in mood raya tau. tahun nie banyak invitation dari kawan-kawan ,staff kolej , member2 lama. jumpa adam , rojoh , sabb then haziq(skandal rojohhh tuu) hahaha.. besss woookkk !! sedakkk ! sedakkk !!makang makang sokmooo !!!
apa2 pon tahun nie memang best raya walaupun mind still fikir pasal flying.. duit raya still masyukk of coss. selagi tak kerja tak kahwin haruslah dapat duit raya kan kan kan.. Along pon tahun nie dah start bagi duit dahhh..orang dah kerja ..hehe.Terima kasihh banyak2 :)
*******************
p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitiri maaf zahir batin ye semua, :))
bagi yang berpuasa enam Syawal tu selmat menunaikan ibadah puasa.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment
Shout Your Words !