Thursday, January 17, 2013

8 maut nahas pesawat di Mexico

Assalamualaikum guys. salam jumaat.

TUXTLA GUTIERREZ (Mexico): Sekurang-kurangnya lapan orang maut apabila pesawat kecil terhempas sebaik berlepas di wilayah Chiapas, selatan Mexico dan menyebabkan asal tebal kelihatan di lapangan terbang di situ, kata pegawai, hari ini. 

Pegawai pertahanan awam, Luis Manuel Garcia berkata, laporan awal menyebut mereka yang terkorban ialah tiga dewasa, tiga kanak-kanak, juruterbang dan pembantu juruterbang dalam nahas di Lapangan Terbang Tuxtla Gutierrez. 

Saksi berkata, asap keluar dari bahagian enjin selepas pesawat Piper PA-31 Navajo berlepas. 


Imej televisyen menunjukkan asal tebal kelihatan di kawasan lapangan terbang selepas pesawat itu terhempas di atas padang dan terbakar. 

Mereka yang terkorban termasuk satu keluarga yang dalam perjalanan pulang ke Oaxaca. - AFP 

source : Berita Harian 

No comments:

Post a Comment

Shout Your Words !